ScrollFx

Objektif Lakium 08

Lakium 08 merupakan suatu inisiatif dari PMIUM untuk menerapkan idea faham Islam yang syumul kepada warga kampus Universiti Malaya di samping memberi tekanan kepada ciri-ciri kepimpinan dan ketahanan fizikal.
Lakium 08 bertujuan untuk :-
  • Memberikan kefahaman Islam kepada mahasiswa di samping penerapan nilai-nilai akhlak individu muslim
  • Membina serta menanam keyakinan dan kepercayaan kepada diri mahasiswa bahawa mereka boleh menjadi individu, mahasiswa dan pemimpin yang cemerlang.
  • Membimbing mahasiswa agar menyedari potensi diri dengan lebih mendalam seterusnya bersedia untuk menggunakannya secara maksimum
  • Memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan aktiviti pengurusan diri yang seimbang bagi mencapai kecemerlangan diri dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

0 comments: