ScrollFx

Pusat Belia Bukit Lagong,Selayang.






Latihan Kepimpinan Islam Universiti Malaya atau Lakium 08 akan diadakan pada 18 Nov 08 - 20 Nov 08 di Pusat Belia Bukit Lagong,Selayang. Berbekalkan pemandangan tasik yang indah dan dikelilingi hutan lipur rekreasi Pusat Belia Bukit Lagong merupakan tempat rekreasi yang menarik dan mencabar bagi segenap warga dan bangsa. Pusat Belia ini da menyediakan fasiliti-fasiliti yang lengkap untuk kegunaan orang ramai seperti tapak perkhemahan untuk penginapan, tandas awam, surau serta pakej rekreasi jungle trekking, wall-climbing, kayak, obstacle dan flying fox.





Untuk menyertai Lakium 08 emelkan butiran berikut kepada LakiumPMIUM@gmail.com :-

  1. Nama
  2. Fakulti / Tahun pengajian
  3. No Matriks
  4. No telefon
Sebarang masalah atau pertanyaan, hubungi nombor berikut :
  • 019 3747584
  • 012 5841704
* Untuk makluman semua,penyertaan Lakium telah pun ditutup bermula dari 11hb November yang lepas.

Aktiviti Program

Antara program dan aktiviti yang menjadi pengisian sepanjang Lakium 08 ialah :-

1. Kuliah
  • Pengisian yang bersifat motivasi dan ilmiah dalam membangunkan pemikiran kritikal dalam kalangan para peserta
2. Teambuilding
  • Membina semangat kerjasama dan menyuburkan ukhuwwah dalam kalangan peserta
  • Menerapkan kemahiran insaniah dalam pembinaan individu yang berkualiti dan berkebolehan
3. Pengisian Rohani
  • Menerapkan pembangunan insan dan spiritual dalam kalangan peserta untuk menjadi mahasiswa muslim yang berkualiti
4. Outdoor Games
  • Memberikan ketahanan fizikal kepada peserta melalui aktiviti sukan yang menarik
  • Antara yang menarik termasuklah Flying Fox, jungle trekking dan berkayak

Objektif Lakium 08

Lakium 08 merupakan suatu inisiatif dari PMIUM untuk menerapkan idea faham Islam yang syumul kepada warga kampus Universiti Malaya di samping memberi tekanan kepada ciri-ciri kepimpinan dan ketahanan fizikal.
Lakium 08 bertujuan untuk :-
  • Memberikan kefahaman Islam kepada mahasiswa di samping penerapan nilai-nilai akhlak individu muslim
  • Membina serta menanam keyakinan dan kepercayaan kepada diri mahasiswa bahawa mereka boleh menjadi individu, mahasiswa dan pemimpin yang cemerlang.
  • Membimbing mahasiswa agar menyedari potensi diri dengan lebih mendalam seterusnya bersedia untuk menggunakannya secara maksimum
  • Memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan aktiviti pengurusan diri yang seimbang bagi mencapai kecemerlangan diri dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Lakium 08 - Latihan Kepimpinan Islam UM


Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia menganjurkan Latihan Kepimpinan Islam Universiti Malaya atau Lakium 08. Lakium 08 merupakan satu medium yang disediakan oleh PMIUM kepada mahasiswa islam kampus Universiti Malaya dalam usaha memberi kefahaman Islam kepada warga kampus. Lakium 08 merupakan peluang terbaik mahasiswa dalam memahami konsep Islam yang syumul di samping meningkatkan ketahanan fizikal, mental dan spiritual dengan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik. Penerapan nilai-nilai kepimpinan sepanjang program memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengasah bakat kepimpinan mereka. Tahun ini Lakium akan diadakan di Sukida Resort, Semenyih bermula 18 November 2008 (Selasa) sehingga 20 November 2008 (Khamis). Penyertaan masih terbuka kepada anda. Untuk menyertai Lakium 08 emelkan butiran berikut kepada LakiumPMIUM@gmail.com :-
  1. Nama
  2. Fakulti / Tahun pengajian
  3. No Matriks
  4. No telefon
Yuran penyertaan cuma RM15 dan 20 penyertaan terawal akan menerima cenderamata menarik dari kami. Jadi tunggu apa lagi? Jom sertai Lakium 08!

Sebarang masalah, hubungi nombor berikut :
  • 019 3747584
  • 012 5841704
atau datang terus ke Sekretariat PMIUM, No 15, Aras 2, Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya